Monday, February 27, 2012

untuk bersama ke syurganya

Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?

kenalkan hati dengan cinta

Tanpa sedar, banyak waktunya kita menzalimi hati sendiri. Kita sering mengajar ia tentang cinta, mendidik ia untuk bercinta, tapi lupa menerangkan perihal Pencipta yang mengalirkan cinta. Hati yang tidak mengenal Pencipta, mana mungkin mampu memahami hakikat cinta. Sudahnya, ia sakit sendiri menakung cinta palsu duniawi.

“Kenalkan hati dengan Cinta sebelum penuhkan ia dengan cinta.”

Yusry KRU @ Lisa Surihani

selamat sudah kisah percintaan antara Yusry KRU @ Lisa Surihani... ( cinta tu mudah dtg dan pergi malah dia mengajar kita erti percintaan yg suci.....)